Assalamu’alaikum kepada semua ibu/bapa/penjaga murid SRA Hulu Bernam yang dihormati.
Sukacita dimaklumkan bahawa Laman Web Rasmi Sekolah Rendah Agama (SRA) Hulu Bernam kini boleh diakses oleh semua ibu bapa dan penjaga sebagai medium utama penyampaian maklumat mengenai PIBG sekolah.
🎯 Matlamat & Tujuan Utama Laman Web Rasmi Ini:
- Menyebarkan maklumat terkini berkaitan PIBG sekolah, aktiviti, program dan pengumuman rasmi.
- Menjadi pusat rujukan ibu bapa bagi informasi penting berkaitan sekolah dan PIBG.
- Memudahkan urusan bayaran yuran PIBG serta sumbangan secara lebih sistematik, telus dan mudah diakses.
- Mengukuhkan hubungan serta kerjasama antara pihak sekolah, PIBG dan ibu bapa.
Kami menggalakkan semua ibu bapa dan penjaga untuk melayari laman web rasmi ini dari semasa ke semasa agar tidak terlepas sebarang makluman penting.
Kerjasama dan sokongan anda amat dihargai demi kecemerlangan anak-anak dan sekolah kita bersama.
Sekian, terima kasih.
Admin
PIBG SRA Hulu Bernam
